..

..

Translate

SELAMAT DATANG KE BLOGGER SETIA HUJUNG NYAWA...

Jumaat, 20 Disember 2013

INFO - Definisi Kepentingan komunikasi



DEFINISI
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
  • Perbuatan menghantar matklumat
  • proses untuk bertukar-tukar maksud
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

Kepentingan komunikasi
v  komunikasi merupakan interaksi sosial antara sekurang-kurangnya dua ejen berinteraksi yang berkongsi satu set tanda serta satu set peraturan semiotik yang sama.
v  Perbualan merupakan sejenis komunikasi yang kedua-dua pihaknya saling menghantar dan menerima maklumat
v  Teori pengawalan bersama memerihalkan komunikasi sebagai satu proses selanjar yang kreatif dan dinamik, dan bukannya penukaran maklumat yang berasingan.
v  Jika wujudnya gangguan komunikasi dalam saluran penghantaran, maka penerimaan dan penyahkodan kandungan akan terjejas dan dengan itu, penghantar pesanan itu tidak akan mencapai kesan yang diingini.
v  Bahasa ialah sistem isyarat teratur daripada segi sintaks — misalnya intonasi, gerak isyarat, atau simbol bertulis — yang menyampaikan pemikiran atau perasaan.
v   Kedua-dua bahasa pertuturan dan bahasa tulisan manusia boleh diperihalkan sebagai sebuah sistem yang terdiri daripada simbol (leksem) serta juga peraturan tatabahasa yang mengolah simbol tersebut.
 
 
 
Jenis –jenis Komunikasi
·       
Komunikasi interpersonal
Ø  Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain.atau antara manusia proses komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama.
 
·        Komunikasi intrapersonal
Ø  Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),monolog.
 
·        Bentuk dan komponen komunikasi manusia
Ø  Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa komunikasi manusia ialah percakapan, bahasa isyarat, penulisan, sikap, dan broadcasting. Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia juga boleh jadi lisan atau tanpa lisan.
 
Halangan komunikasi
Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya ada lah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagaimakna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh di kelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular