SELAMAT DATANG KE BLOGGER SETIA HUJUNG NYAWA...
Jumaat, 15 November 2013
REKREASI PERHOTELAN - KESIHATAN DAN PENJAGAAN TUBUH BADAN
KESIHATAN DAN
PENJAGAAN TUBUH BADAN
Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan
penjagaan tubuh badan sedang agama memberi perhatian yang serius. Kecenderungan
ini dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan sedangkan Islam amat
menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal penganutnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai
tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat
Bukhari)
Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati
tahap upaya badan yang benar-benar baik dan selamat disegi fizikal, mental,
emosi, dan rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai potensi dan
matlamat kehidupan yang dipandukan agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan
agama berbanding dengan mukim yang lemah.
Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud “Orang mukmin yang
kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada
gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat
dinikmati kerana keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit
berhimpun. Istilah “sihat” merupakan anugerah dari Allah yang sewajarnya
disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat tetapi jangan
sampai melekakan.
Rasulullah SAW bersabda “ Ada dua jenis nikmat yang banyak
melekakan ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang ” (Hadis
riwayat Bukhari)
Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat
yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Kalau kita mempunyai masalah
kesihatan bermakna segala urusan ibadat juga turut terganggu. Pernyataan
tersebut berdasarkan Sabda Nabi SAW yang bermaksud “Mintalah kepada Allah
kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih
baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kaedah terbaik dalam penjagaan kesihatan ialah dengan
menyediakan perisai pencegahan seawalnya. Namun apabila diserang penyakit, kita
terpaksa juga berikhtiar untuk menyembuhkannya walaupun terpaksa mengambil masa
yang panjang. Ini bermakna mencegah itu adalah lebih baik daripada
mengubatinya. Kita diminta berubat apabila ditimpa penyakit tanpa mengambil
sikap membiarkannya.
Jangan sesekali berubat dengan benda yang diharamkan agama.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ”Bahawa Allah telah menurunkan
penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah
tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” ( Hadis Riwayat Abu
Daud).
Dalam satu peristiwa, orang Arab Badwi telah datang kepada
Baginda Nabi dan mereka bertanya: “Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?”
Maka sabda Nabi : “Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya
Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat
kecuali satu penyakit sahaja.” Maka mereka bertanya, “apakah penyakit itu?”
Sabda Nabi : “Penyakit itu ialah ‘tua’.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain
Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk
memelihara kesihatan yang sedia ada dan mengembalikan kesihatan ketika hilang”.
Dalam kehidupan seharian, kita sering dihidangkan dengan
pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani. Tujuannya
untuk membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti harian.
Keadaan ini begitu ketara di bulan Ramadan. Makan hidangan secara berlebihan
boleh memudaratkan badan. Al-Quran menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana
dalam soal makan dan minum sebagai panduan untuk kebaikan.
Allah berfirman bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta
jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)
Sebenarnya, Islam sendiri mengakui akan peri pentingnya
menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Elakkan daripada berdepan dengan mereka
yang mengidap penyakit bertujuan menghindarinya. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud “Jika kalian mendengar ada wabak ta’un di sebuah negeri, maka
janganlah kalian memasuki negeri tersebut. Dan jika ta’un itu mewabak di negeri
kalian, janganlah kalian keluar dari negeri kalian untuk menghindari penyakit
itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam erti kata lain, Islam memerintahkan umatnya supaya
berwaspada dan mengawal diri dari tempat penyakit berjangkit menular. Apatah
lagi orang yang sedang sakit itu mendedahkan dirinya kepada masayarakat umum.
Sehubungan itu, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya “Tidak sepatutnya orang
yang sakit mengunjungi (bergaul dengan) orang yang sihat ” (Hadis Riwayat
Bukhari)
Sebenarnya, keselamatan dari ada hubungannya dengan tahap penjagaan kebersihan diri dan persekitaran, Pemakanan yang seimbang, perlakuan dan aktiviti fizikal termasuk senamam dan sukan yang bersesuaian, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian.
Firman Allah SWT “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan
diri.” ( Surah Al-Baqarah, Ayat 222)
Kebersihan memainkan peranan yang begitu penting dalam
mengelakkan seseorang ditimpa penyakit. Persekitaran yang kotor akan mengundang
pelbagai jenis kuman pembawa penyakit ke kawasan tersebut. Sebab itu aspek
kebersihan merupakan cabang keimanan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. ( Hadis Riwayat Muslim)
Disegi cara minum dan makan, Islam mempunyai tatacara yang jelas bagi mengelakkan kesan yang tidak baik dari kebiasaan yang bertukar menjadi amalan. Walapun perkara ini nampak remeh namun natijahnya sangat besar.
Islam melarang umatnya meminum air secara sekali gus atau
terus-menerus di dalam satu bekas yang berisi air. Sebaliknya sunat membaca
Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah serta hendaklah diminum dengan dua atau
tiga teguk.
Larangan itu berasaskan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud “Jangan minum terus-menerus seperti cara binatang minum. Tetapi
minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan baca bismillah
apabila kamu minum dan baca alhamdulillah apabila selesai meminumnya.” (Riwayat
Imam Al-Tarmizi)
Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan
kebersihannya, dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna.
Jangan mengendalikan masakan makanan untuk juadah keluarga keluarga dan orang
lain secara sambil lewa tanpa mengambil kira kesan dan risikonya selepas itu.
Makanlah sekadar mencukupi asalkan dapat berdiri untuk
bekerja kerana keadaan lapar juga boleh mematahkan semangat bekerja. Isi perut
hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 untuk makanan , 1/3 untuk
minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan sehingga jiwa menjadi baik dan bersih.
Rasulullah SAW bersabda “Tiada satu tempat yang dipenuhkan
oleh anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya.
Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang
belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadah). Jika itu
tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian,
satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk
bernafas.”(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Akal yang cergas berkait rapat dengan badan yang sihat.
Badan yang sihat berkait rapat dengan amalan makanan dan pemakan yang seimbang.
Perpatah Arab yang berbunyi `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’
kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam
al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal dan
mental.
Antara aktiviti yang membantu kesihatan dan menjamin
kecergasan badan ialah berenang, memanah dan menunggang kuda. Aktiviti ini
dicadangkan supaya ianya didedahkan kepada kanak-kanak lagi supaya menjadi
kebiasaan untuk diamalkan dalam kehidupan mereka Dalam hal berkaitan Rasulullah
SAW telah bersabda yang bermaksud “Ajarilah anak-anakmu memanah, berenang dan
menunggang kuda.” (Riwayat Thabrani)
Perbetulkan tanggapan bahawa kekuatan tubuh adalah
disandarkan kepada banyaknya makan tetapi yang sebetulnya pengambilan yang
seimbang menjadi faktor pembinanya. Mengambil makanan dengan kuantiti yang
sedikit tetapi kerap adalah lebih baik berbanding dengan makan makan yang
banyak secara sekali gus. Hidangan sewaktu berbuka puasa adalah cabaran yang
menjadi realitinya.
Rasulullah SAW bersabda “ Barang siapa yang berada dalam
keadaan badan yang sihat, aman dalam penghidupannya dan memiliki makanan
seharian yang cukup maka seolah-olah dunia ini miliknya.” ( Riwayat at Tirmizi)
PERKHIDMATAN PRAMUSAJI - RESTAURANT SERVICE II
TEKNIK
MEMBAWA GLASSWARE DENGAN TANGAN.
|
Kaedah membawa glassware dengan tangan:
(sebelum operasi)
1.
Pusing
tapak tangan kiri menghadap atas.
2.
Selitkan
batang goblet menghadap kebawah diantara ibu jari dan jari telunjuk.
3.
Tambah
goblet kedua diantara jari telunjuk dan jari tengah.
4.
Selitkan
goblet tetiga diantara jari manis dan jari tengah.
5.
Tambah
goblet keempat diantara jari manis dan jari kelingking.
6.
Gelas
seterusnya disusun mengikut turutan gelas pertama tadi dan diikuti gelas
seterusnya. Factor fizikal amat penting kerana saiz tapak tangan mempengaruhi
kestabilan goblet yang dibawa.
|
||||
|
Kaedah membawa glassware dengan service
tray: (semasa operasi)
1.
Buka luas
tapak tangan kiri.
2.
Letak tray
diatas tapak tangan, imbangkan pada paras siku.
3.
Susun
gelas tadi sama rata dengan meletakkan gelas dibahagian tengah dahulu diikuti
gelas dibahagian luar tray.
|
||||
|
kaedah menggantikan glassware dimeja
tetamu:
1.
Sediakan
gelas bersih, letak diatas service tray seperti kaedah membawa glassware.
2.
Bawa
service tray ke meja tetamu.
3.
Ucap,
“excuse me sir/madam”.
4.
Letakkan
gelas bersih disebelah gelas kotor dan kemaskan gelas kotor dari meja tetamu
ke service tray.
5.
Beredar
dari meja tetamu dan letakkan gelas kotor tadi di steward area.
CARRYING PLATE
|
PERHIDMATAN PENGEMASAN HOTEL (HOUSE KEEPING)
TATACARA /PROSEDUR PENGEMASAN BILIK BAGI BILIK VACANT CLEAN
1. PERIKSA BILIK BERSTATUS VC.
2. KETUK PINTU SEBANYAK 3KALI DAN MENYEBUT ‘HOUSEKEEPING’.
3. BUKA SUIS LAMPU DAN PERIKSA KEROSAKAN BILIK, JIKA ADA KEROSAKAN LAPORKAN KEPADA JABATAN PENYELENGARAAN DENGAN SEGERA.
4. TARIK LANGSIR DAN BUKA TINGKAP
5. TARIK PAM TANDAS
6. LAP BILIK AIR JIKA PERLU
7. KEMAS KATIL DAN TUKAR BEDSHEET JIKA BILIK SUDAH LAMA TIDAK DIHUNI
8. LAP SEMUA PERABOT DAN CERMIN
9. SEMBUR PEWANGI UDARA DIDALAM BILIK
10. BUAT PEMERIKSAAN AKHIR. TUTUP TINGKAP DAN TUTUP SEMUA SUIS
11. TUTUP DAN KUNCI PINTU
12. LENGKAPKAN ROOM ATTENDANT REPORT
TATACARA /PROSEDUR PENGEMASAN BILIK BAGI BILIK VACANT DRITY
1. PERIKSA BILIK BERSTATUS VD.
2. KETUK PINTU SEBANYAK 3KALI DAN MENYEBUT ‘HOUSEKEEPING’.
3. BUKA SUIS LAMPU DAN PERIKSA KEROSAKAN BILIK, JIKA ADA KEROSAKAN LAPORKAN KEPADA JABATAN PENYELENGARAAN DENGAN SEGERA.
4. TARIK LANGSIR DAN BUKA TINGKAP .
5. PASTIKAN BARANG TETAMU TIADA TERTINGGAL DIDALAM BILIK. JIKA ADA LENGKAPKAN BORANG ‘LOST AND FOUND’ DAN MAKLUMKAN KEPADA FRONT OFFICE.
6. LAKUKAN PROSEDUR PENBERSIHAN BILIK AIR
7. BAWAK ASYTRAY DAN GELAS KOTOR KEDALAM BILIK AIR DAN CUCI
8. LAKUKAN PROSEDUR PENGEMASAN KATIL
9. LAP SEMUA PERABOT DAN CERMIN
10. LETAKKAN ROOM AMENITIES DAN ROOM SUPPLIES DI TEMPAT YANG DISEDIAKAN
11. SEMBUR PEWANGI UDARA DIDALAM BILIK
12. BUAT PEMERIKSAAN AKHIR, TUTUP TINGKAP DAN SUIS
13. TUTUP DAN KUNCI PINTU
14. LENGKAP KAN ROOM ATTENDANT REPORT (STATUS BERUBAH KEPADA VC)
TATACARA /PROSEDUR PENGEMASAN BILIK BAGI BILIK OCCUPIED DRITY
1. PERIKSA BILIK BERSTATUS OD.
2. LIHAT DI PINTU HADAPAN JIKA ADA GANTUNG’ DO NOT DISTURB” ( JANGAN MASUK BILIK TETAMU TERSEBUT )
3. KETUK PINTU SEBANYAK 3KALI DAN MENYEBUT ‘HOUSEKEEPING’.
4. JIKA TETAMU ADA, TANYA TETAMU SEKIRANYA MAHU MEMBERSIH KAN BILIK ATAU TIDAK
5. BUKA SUIS DAN PERIKSA LAMPU DAN KEROSAKAN DIBILIK ,JIKA ADA KEROSAKAN ,LAPORKAN KEPADA JABATAN PENYELENGARAAN DENGAN SEGERA
6. TARIK LANGSIR DAN BUKA TINGKAP
7. BAWA ASYTRAY , GELAS DAN CAWAN KOTOR KEBILIK AIR DAN CUCI
8. LAKUKAN PROSEDUR KEMAS KATIL BILIK
9. LAP SEMUA PERABOT DAN CERMIN
10. KUMPULKAN SAMPAH DAN LINEN KOTOR
11. LETAKKAN ROOM AMENITIES DAN ROOM SUPPLIES DI TEMPAT YANG DISEDIAKAN SUSUN PAKAIAN DAN PERALATAN TETAMU
12. SEMBURKAN PEWANGI UDARA DIDALAM BILIK
13. BUAT PEMERIKSAAN AKHIR TUTUP TINGKAP DAN TUTUP SUIS
14. TUTUP DAN KUNCI PINTU
ROOM AMENITIES
1. Shampoo
2. Conditioner
3. Bath gel
4. Body lotion
5. Shower cap
6. Cotton buds
7. Sanitary bag
8. Bath soap
9. Sewing kit
10. Dental kit
11. Comb
12. Shaving kit
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
BELLMAN Petugas hotel yang bertanggungjawab menyambut tertamu ketika ketibaan mereka. Bellman juga akan...
-
SETIAP JABATAN AKAN MEMPUNYAI CARTA ORGANISASI MEREKA SENDIRI. NYATAKAN KEPENTINGAN CARTA ORGANISASI DALAM FRONT OFFICE DEPARTME...
-
Pengenalan Restaurant Service Restoran Service terbahagi kepada 3. Iaitu American Service, French Service, dan Russian Service. Didala...
-
Pengertian pramusaji dan tugas-tugas pramusaji Pengertian pramusaji Pramusaji atau waiter/waitress adalah karyawan restoran ya...
-
TATACARA /PROSEDUR PENGEMASAN BILIK BAGI BILIK VACANT CLEAN 1. PERIKSA BILIK BERSTATUS VC. 2. KETUK PINTU SEBANYAK 3KALI DAN MENYEBUT...
-
A. PENGERTIAN HOUSEKEEPING Housekeeping atau Tata Graha adalah salah satu bagian atau department yang ada di dalam hotel yang me...
-
JENIS DAN CARA PENGHIDANGAN/PENYAJIAN MAKANAN DI SUATU RESRAURANT TERGANTUNG DARI BEBERAPA FAKTOR, ANTARA LAIN JENIS DAN TATA LETAK RESTAUR...
-
PERATURAN UNTUK MENGGUNAKAN GYMNASIUM NO. PERATURAN TUJUAN ATAU KESAN CONTOH 1 ΓΌ ...
-
JOM KENAL-KENAL DENGAN PERALATAN F&B... ...
-
PERBEZAAN RUSSIAN SERVICE Makanan siap dimasak dari dapur dan di bawa kepada guest. ...



















