..

..

Translate

SELAMAT DATANG KE BLOGGER SETIA HUJUNG NYAWA...

Jumaat, 15 November 2013

PERKHIDMATAN PRAMUSAJI - RESTAURANT SERVICE II



TEKNIK MEMBAWA GLASSWARE DENGAN TANGAN.



Kaedah membawa glassware dengan tangan: (sebelum operasi)

1.       Pusing tapak tangan kiri menghadap atas.
2.       Selitkan batang goblet menghadap kebawah diantara ibu jari dan jari telunjuk.
3.       Tambah goblet kedua diantara jari telunjuk dan jari tengah.
4.       Selitkan goblet tetiga diantara jari manis dan jari tengah.
5.       Tambah goblet keempat diantara jari manis dan jari kelingking.
6.       Gelas seterusnya disusun mengikut turutan gelas pertama tadi dan diikuti gelas seterusnya. Factor fizikal amat penting kerana saiz tapak tangan mempengaruhi kestabilan goblet yang dibawa.

Kaedah membawa glassware dengan service tray: (semasa operasi)

1.       Buka luas tapak tangan kiri.
2.       Letak tray diatas tapak tangan, imbangkan pada paras siku.
3.       Susun gelas tadi sama rata dengan meletakkan gelas dibahagian tengah dahulu diikuti gelas dibahagian luar tray.

kaedah menggantikan glassware dimeja tetamu:

1.       Sediakan gelas bersih, letak diatas service tray seperti kaedah membawa glassware.
2.       Bawa service tray ke meja tetamu.
3.       Ucap, “excuse me sir/madam”.
4.       Letakkan gelas bersih disebelah gelas kotor dan kemaskan gelas kotor dari meja tetamu ke service tray.
5.       Beredar dari meja tetamu dan letakkan gelas kotor tadi di steward area.





CARRYING PLATE



KAEDAH / LANGKAH-LANGKAH:

Carrying two plate:

1.     Letakkan plate pertama diatas tiga jari diimbangi dengan ibu jari dan jari kelingking.
2.     Letakkan plate kedua diatas tapak tangan sambil dibantu oleh hujung ibu jari dan jari kelingking tadi.



Carrying three plate:

1.     Letakkan plate pertama diatas dasar jari telunjuk sambil diimbangi oleh ibu jari.
2.     Letakkan plate pertama diatas dasar jari telunjuk sambil diimbangi oleh jari tengah. Buka dan imbang bawah plate tadi dengan jari manis dan jari kelingking.
3.     Letakkan plate ketiga diatas pergelangan tangan, diimbangi oleh bahagian luar plate kedua tadi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular